- *UNTUK DIPERAP*
- 2 paha ayam (Su buat lebih maklumlah ramai askar hehe)
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 1 cm halia (cincang)
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos Lee & Perrins
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar madu
- garam secukup rasa
- *SOS BLACK PEPPER*- Su gune sos lada hitam sini
- 1/2 botol sos lada hitam
- 2-3 sudu besar sos tiram
- 3-4 cendawan butang (cincang)
- 1/2 biji bawang besar (cincang)
- garam/gula secukup rasa
- gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
- selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. Su masuk dalam oven jer..
- balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
- lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
- tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
- caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.