Saturday, June 28, 2014

Blackpepper Chicken Chop


  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (Su buat lebih maklumlah ramai askar hehe)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*- Su gune sos lada hitam sini
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak. Su masuk dalam oven jer..
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.

SENARAI BLOG MASAKAN DI MENU PILIHAN

  • SINAR KEHIDUPANKU
  • ANIS'S DIARY
  • CERITA ORANG MERSING
  • KEMBARA CINTA
  • ZANA'S VILLA
  • LOVELY KITCHEN
  • JARIINTANKU
  • SECANGKIR TEH SEPIRING KUEH
  • INTANIZANFOODS
  • Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

     
    Powered by Blogger